Nasional

Penganggur dipenjara tiga bulan kerana halang tugas anggota RELA

PADAH menghalang tugas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang melakukan langkah-langkah bagi membendung penularan wabak COVID-19, seorang penganggur dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Mohamed Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas penganggur tersebut, Hew Foo Keang, 35, mengaku melakukan perbuatan itu di Jalan Silang berhampiran Projek Perumahan Rakyat Pekan Kepong di sini pada 11.10 malam semalam.

Penganggur itu didakwa dengan sengaja menghalang dua anggota RELA iaitu Seow Kok Keong dan Zaman Huri Bontak daripada menjalankan tugas mereka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

BERITA BERKITAN:

Lelaki ‘kenduri kepala kambing’ mengaku bersalah

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal kerana kejadian berlaku dalam tempoh PKP dan orang ramai perlu memberi kerjasama penuh kepada semua penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

Ketika merayu hukuman ringan, Hew berkata ini adalah kesalahannya yang pertama dan dia memohon maaf atas perbuatannya itu.

Mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap Foo kerana gagal mengemukakan kad pengenalan diri atau sebarang dokumen pengenalan sementara semasa pemeriksaan polis pada tarikh, tempat dan masa yang sama.

Mohamed Aizat mengarahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman secara serentak mulai tarikh dia ditangkap iaitu semalam. – BERNAMA

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button