Politik

Awak percaya ke Bahagian saya sokong usul tolak Bersatu? – Annuar

KEKELIRUAN terus wujud dalam UMNO mengenai pendirian dalam sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ini kerana, sejak awal bulan ini, mesyuarat setiap Bahagian UMNO sebanyak 189 mengadakan mesyuarat berbanding 191 jumlah keseluruhan.

Namun, terdapat dua persoalan ditimbulkan mengenai hasil daripada resolusi diperoleh dalam mesyuarat tersebut.

Ia termasuklah hal berkaitan dengan sokongan UMNO terhadap Kerajaan PN dan juga Bersatu untuk menghadapi Piliha Raya Umum Ke-15.

“Sebelum tanya Bahagian saya (Ketereh) sokong ke tidak, saya tanya awak percaya ke tidak?

“Seluruh Bahagian UMNO di Malaysia ini hanya ada 191 bahagian.

“Dua tidak mengadakan mesyuarat, yang bermesyuarat 189, adakah kamu yakin semua bahagian (189) termasuk Ketereh menyokong untuk tidak bersama bersatu dalam PRU-15?

“Adakah Sembrong di bawah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Rembau (Datuk Seri Mohamad Hasan), Putrajaya (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor), Bera (Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), Padang Terap (Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid)

Just call, telefon tanya mereka pemimpin-pemimpin kanan, anggota-anggota kabinet, ketua-ketua bahagian.

“Sebab, kalau ada berita ‘besar’ yang keluar itu, ertinya semua bahagian ada 189. Maklumat setakat ini yang diberitahu kepada saya, tetapi ini pun tak rasmi.

“Yang secara rasmi membuat usul sedemikian ialah, 99 bahagian yang secara terus menolak kerjasama dengan Bersatu.”

Kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam sidang akhbar hari ini yang menjelaskan pendiriannya mengenai pemecatan daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada Wartawan Suara Merdeka mengenai usul menolak Bersatu sama ada turut disokong oleh UMNO Bahagian Ketereh ataupun tidak.

Semalam, Annuar digugurkan daripada jawatan tersebut berkuat-kuasa serta merta dan Ahli Parlimen Pontian yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik menggantikan beliau.

Annuar sebelum ini dikatakan kerap mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan akar umbi UMNO.

Malah, beliau juga pernah dituduh menjadi jurucakap Bersatu apabila menyarankan UMNO supaya bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 nanti.

Walau bagaimanapun, Annuar menyifatkan pemecatannya yang berasaskan kepada alasan dan tuduhan tersebut sebagai tidak adil.

Kerana menurutnya, beliau tidak pernah menerima teguran daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, malah beliau yakin kenyataannya itu bersandarkan kepada pendirian dan keputusan Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya tidak pernah ditegur, terutama Presiden pun tak pernah menghubungi saya untuk menegur apa-apa.

“Daripada pandangan saya, apa yang saya keluarkan itu semuanya adalah keputusan parti.

“Sekarang, saya kini keliru, bila saya pertahankan ‘no DAP no Anwar’, saya pertahankan ‘en-bloc’, saya pertahankan mendokong Kerajaan Perikatan Nasional, saya dianggap sebagai orang salah.

“Tetapi, orang yang menyokong Anwar bagi surat sokongan hitam putih, pergi senyap-senyap malam-malam berunding dengan DAP, yang itu pula tak salah.

“Saya yang salah, jadi saya agak keliru sedikit, tetapi tak mengapalah, kita boleh selesaikan,” selorohnya. – SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button