Jenayah

Bapa kandung rogol anak hingga lahirkan anak direman tujuh hari

Seorang bapa tergamak menjadikan anak kandungnya sebagai pemuas nafsu sejak dua tahun lalu hingga melahirkan anak perempuan pada 5 Februari lalu.

Pekerjaan terkutuk lelaki berusia 38 tahun itu yang bekerja sebagai buruh terbongkar apabila remaja berusia 16 tahun itu mengadu sakit perut.

Ibunya telah membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Durian Tunggal dan hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengandung dan perlu dirujuk ke Hospital Melaka.

Pegawai perubatan Hospital Melaka memaklumkan telah memeriksa seorang pesakit bawah umur yang mengandung 19 minggu dipercayai akibat dirogol bapa kandungnya.

Mengesahkan perkara tersebut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11 Oktober 2023.

Menurutnya, laporan itu dibuat oleh pegawai perubatan Hospital Melaka setelah memeriksa remaja terbabit dan mangsa turut mengaku telah dirogol bapa kandungnya sejak dua tahun lalu.

“Suspek berusia 38 tahun ditahan kira-kira pukul 12.00 tengah hari di Kampung Kelemak Dalam, Alor Gajah semalam.

“Mangsa mengaku telah dirogol bapa kandung sejak berusia 14 tahun dan remaja ini telah selamat melahirkan anak kira-kira pukul 1.00 tengah hari pada 5 Februari lalu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zainol berkata, suspek telah melarikan diri selepas perbuatan
terkutuknya terbongkar namun dia berjaya ditangkap oleh pasukan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

“Bertindak atas maklumat polis berjaya memberkas suspek di tepi jalan Kampung Kelemak Dalam,” ujarnya.

Menurutnya, suspek mempunyai enam rekod lampau telah direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 13 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. – SM

 

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button