Nasional

Letupan di Pasir Gudang, seorang maut dua parah

SATU kejadian letupan berlaku di sebuah kilang kimia di Jalan Tengar, Tanjung Langsat, Pasir Gudang, petang tadi menyebabkan seorang maut dan dua parah.

Mematik laporan Harian Metro, kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, Wilson Banggau, 45, disahkan maut manakala dua rakan sekerjanya, Bonsi Buli, 42, dan Mohd Syafiq Abd Rahman, 23, parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata, empat jentera termasuk dari Larkin dan sebuah tangki air dengan 27 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan.
Beliau berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati berlaku satu letupan pada sebuah tangki setinggi 15 meter ketika kerja kimpalan dijalankan.

“Tangki berkenaan menyimpan bahan Crude Glycerin yang boleh menyimpan kapasiti penuh sebanyak 1,000 tan.

“Namun ketika letupan berlaku kapasiti tangki itu adalah sebanyak hanya 800 tan.

“Kesemua mangsa sedang menjalankan kerja kimpalan pada penutup paip sebelum letupan itu berlaku.

“Mangsa yang disahkan terbunuh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button