Politik

Tiada kompromi terhadap penunggang agama Islam – Anwar Ibrahim

Kerajaan mencadangkan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mempermainkan serta serta menunggang agama Islam kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, cadangan mengenai tindakan itu telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, perkara tersebut juga sudah dibincangkan bersama kedua-dua Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Jelasnya, beliau tidak lagi berkompromi dengan sesiapa pun yang memperguna agama demi tujuan tertentu atau ‘penunggang agama’, selepas 12 Ogos ini.

Ribuan manusia membanjiri Ceramah Grand Finale Arus Merah Kuning yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Keramat, Selangor.

 

“Ini bukan soal politik, saya tidak peduli dia sokong siapa, itu hak dia.
Tunggu 12 Ogos apa pun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kalau kamu tunggang agama, permainkan hukum Allah, menghukum orang, memfitnah orang, fitnah yang besar, nak kafirkan orang yang tak sokong dia adalah musuh Allah.

“Saya nak bagi tahu malam ini, selepas ini, Perdana Menteri ini jika kamu sokong (menangkan pilihan raya negeri) tidak akan bertoleransi dengan perkara mengarut ini,” katanya pada Ceramah Grand Finale Arus Merah Kuning yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Keramat di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi BN, Ahmad Zahid dan Fadillah merangkap Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, cadangan tersebut adalah bagi mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja buat kaum Melayu.

“Ya Islam agama Persekutuan, ya kita tingkatkan kefahaman Islam, kita tingkatkan penguasaan dan matapkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dan bahasa ilmu.

“Kita jamin hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, kita mulia dan pertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu, tetapi jangan kita hina anak-anak Malaysia dari mana-mana kaum.

“Setiap rakyat baik Dayak, Cina, India ..semua itu keluarga kita dan kita kena pertahankan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, ini kerana rakyat daripada semua kaum di Malaysia berhak untuk disantuni dan mendapat pembelaan. – SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button