Rencah Hidup

Demi ayah… Endang Hyder pemain biola berusaha kumpul RM20,000 sebulan

MUNGKIN nama Hospis Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan tidak berkeuntungan tidak pernah ada dalam diari Ell Zain Hyder atau keluarganya.

Hospis Malaysia menawarkan pelbagai bantuan untuk pesakit yang kurang berkemampuan termasuk rawatan ke rumah.

Andaikata Ell atau lebih dikenali dengan panggilan Endang Hyder terbaca tentang Hospis Malaysia, mungkin beliau boleh mendapatkan pertolongan untuk membantu bapanya yang menghidap diabetes sehingga kedua-dua kakinya dipotong.

Memang agak membebankan jika kos rawatan ayahnya sebanyak RM5,000 sebulan.

Endang seorang pemain biola tetap berusaha untuk menyediakan kewangan yang mencukupi untuk rawatan ayahnya.

Justeru beliau menawarkan persembahan di pelbagai acara dan majlis dengan bayaran hanya RM2,500.

Baru-baru ini, Endang Hyder menarik perhatian netizen apabila beliau menuar-uarkan perkhidmatannya di media sosial, Twitter.

Beliau juga telah mula mengumpul dana secara dalam talian menerusi laman web Launch Good.

Endang yang berusia 37 tahun merupakan seorang guru muzik dan beliau bermain biola sejak berusia 10 tahun.

Beliau berkelulusan muzik klasik dari Ireland Utara.

Bapanya, Zainuddin Ottok, menghidap diabetes sejak 2010 dan kini penglihatannya juga semakin pudar. Walaupun keadaan bapanya semakin baik tetapi bapanya perlu dijaga sepanjang masa.

Komitmen kerjaya Endang menuntut beliau ke Indonesia tidak lama lagi selama kira-kira sebulan.

Walaupun ibu dan kakaknya membantu menjaga Zainuddin yang merupakan bekas guru namun kata Endang, mereka tidak menang tangan.

Sebagai seorang anak, kita faham Endang mahu memberi yang terbaik buat ayahnya itu.

Oleh itu, beliau berharap dapat mengumpul kira-kira RM20,000 untuk mengupah seorang jururawat lelaki berdaftar dan pembantu wanita untuk menjaga bapanya setiap hari.

Walaupun pada mulanya Endang mengumpul dana dalam talian untuk rawatan biasa dan untuk membeli peralatan bapanya termasuk kerusi roda elektrik, beliau berharap mata bapanya dapat dirawat. – SM

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button