Nasional

Tiga ahli KeSUA terpilih sebagai pelatih akademi Daie Muda YADIM (ADMY)

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memperkenalkan Program Daie Muda YADIM yang menyaksikan penyertaan 39 calon .

Namun, seramai 28 calon terpilih sebagai pelatih Akademi Daie Muda YADIM 2022 dan tiga daripadanya adalah ahli Kelab Sahabat Ulul Albab ( keSUA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Muhammad Hafiz Mohamed Din, Afeyfah Zulkipli, dan Nurhidayah Ramli.

Penasihat keSUA, Norhayati Aziz berkata pentas Akademi Daie Muda YADIM 2022 itu memberi peluang membawa misi yang amat besar dalam melahirkan ikon yang dapat menjadi contoh tauladan dengan nilai-nilai
Islam yang indah kepada masyarakat serta anak muda di negara ini.

Norhayati Aziz

Mereka yang terpilih ialah Muhammad Hafiz Mohamed Din, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik; Afeyfah Zulkipli, ISMP Pendidikan Islam dan Nurhidayah Ramli, ISMP Pendidikan Islam.

Akademi Daie Muda YADIM sesi baharu dilancarkan oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad.

Peserta Daie Muda YADIM 2022.

KeSUA , katanya menganjurkan pelbagai program pemantapan bakat sebagai usaha melahirkan daei-daei muda dalam kalangan mahasiswa.

Prof Dr Abdul Halim Ali

Pengarah Pusat Ulul Albab, Prof Dr Abdul Halim Ali mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli KeSUA berjaya membuktikan bahawa ilmu yang dipelajari di universiti boleh membawa mereka ke depan dan menjadi personaliti yang boleh membantu membangunkan minda masyarakat dan anak muda kita. – SM

(Visited 630 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button