Nasional

Ancaman Israel: PDRM, agensi keselamatan tingkatkan kawalan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan berikutan ancaman yang dikeluarkan oleh Israel berkaitan Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh regim tersebut terhadap pemimpin perjuangan dan pembebasan Palestin di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Hamzah berkata, Kementerian mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.

“Sehubungan itu pasukan Polis Diraja Malaysia bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara,” kata Hamzah dalam satu kenyataan.

Beliau meminta orang ramai untuk bertenang susulan ancaman berkenaan dan memberi jaminan keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan berada pada tahap yang bai.

Malaysia, menurut beliau akan tetap dengan pendirian untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin.-SM

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button