Nasional

AURORA UPSI kendali kursus pembinaan pasukan KPT

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semakin mendapat perhatian dari pelbagai organisasi untuk melaksanakan kursus  membina hubungan atau komunikasi berkesan menerusi aktiviti bina pasukan dalam organisasi.

Program pembinaan pasukan menjadi medium terbaik untuk menghapuskan kekangan komunikasi tersebut bagi memulihkan semangat bekerja secara berpasukan.

Justeru, Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) di bawah Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Program Pembinaan Pasukan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada semalam.

Program yang dihadiri 50 kakitangan itu berlangsung selama tiga hari yang memfokuskan kepada pembinaan hubungan dalam kalangan kakitangan BPSM.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, pemilihan AURORA, UPSI sebagai perunding kepada KPT adalah suatu penghormatan dan kepercayaan pihak kementerian kepada UPSI.

Beliau berkata, selaku universiti yang menerajui bidang pendidikan, UPSI sentiasa peka dengan praktis terkini dan akan memberikan perkhidmatan terbaik setanding antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr Mazuki Mohd Yasim berkata program yang menerapkan elemen keseronokan dan pengurusan risiko seperti aktiviti whitewater rafting di Sungai Klah, Sungkai dan tali tinggi di UPSI Adventure Park menjadikan peserta lebih menghargai nilai kerjasama dan peranan yang dimainkan oleh setiap ahlinya.

Peserta dari KPT menyertai aktiviti whitewater rafting di Sungai Klah, Sungkai.

Menurut beliau, AURORA menawarkan pelbagai aktiviti lasak dan mencabar secara komersial kepada kesemua lapisan masyarakat melalui UPSI Adventure Park menjadi pilihan utama sektor kerajaan disebabkan kualiti perkhidmatan yang baik dan efektif terhadap semangat peserta,” katanya.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT, Mansor Ibrahim@Abd Hamid berkata program kendalian AURORA menyeronokkan dan semua peserta bersemangat melaksanakan aktiviti.

Mana-mana pihak yang berhasrat menyertai kursus membina pasukan anjuran AURORA boleh menghubungi talian 015-48797700. – SM

(Visited 654 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button