Sukan

Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik

TIGA atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris dalam kedua-dua acara sprint dan keirin, Julai ini.
Memetik laporan BERNAMA, perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) Datuk Amarjit Singh Gill yang turut memaklumkan dua lagi pelumba ialah Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
“Ini berdasarkan kepada mata, Nurul Izzah baru sahaja berentap pada Piala Negara-Negara Union Cycliste International (UCI) di Kanada semalam dan UCI akan keluarkan ranking terbaru pada petang atau malam ini.
“Pada 22 April, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan hantar senarai rasmi kepada semua Jawatankuasa OIimpik Kebangsaan (NOC), itu yang rasmi, tapi kita juga boleh tahu berdasarkan mata, hanya perlu tunggu keputusan rasmi,” katanya yang juga anggota jawatankuasa UCI kepada Bernama hari ini.
Setakat ini, enam atlet iaitu atlet terjun Bertrand Rhodict Lises, Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah), Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) dan Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat), telah mengesahkan tempat di Paris.
Jika Nurul Izzah Izzati, 20, berjaya memperoleh slot di Olimpik, atlet Kedah itu akan membuat penampilan sulungnya di temasya terbesar dunia itu bersama-sama Bertrand Rhodict dan Ariana Nur Danial yang kedua-duanya berumur 19 tahun, Mohamad Aniq, 22, serta Nur Shazrin dan Nur Aisyah, 26.
(Visited 18 times, 8 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button