
Aura Bunga Liar, Gaya Eksklusif Floralis Series Buttonscarves Kini di Malaysia
JENAMA fesyen modest terkemuka, Buttonscarves, kembali dengan pelancaran Floralis Series Edisi Eksklusif Malaysia, sebuah koleksi tudung yang diilhamkan daripada keindahan semula jadi dan kekuatan wanita moden.
Koleksi ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Florescent Series yang dilancarkan pada 2023, dan kali ini direka khas sebagai penghormatan kepada wanita Malaysia yang berjiwa lembut namun teguh, penuh gaya namun bersederhana.
Floralis Series menampilkan aura bunga liar – lambang keberanian, kelembutan dan keabadian – sekaligus mencerminkan keunikan setiap wanita. Dari seorang ibu kepada anak perempuan, dari seorang kakak kepada adik, atau sahabat sejati – koleksi ini mengangkat makna ikatan dan pertumbuhan bersama sebagai wanita.
8 Warna, 2 Material Eksklusif
Ditawarkan dalam pilihan Satin Square dan Voile Square, koleksi edisi terhad ini hadir dalam lapan rona memukau dengan corak flora yang elegan. Setiap helai tudung dihasilkan menggunakan fabrik ringan yang memberikan “drape” sempurna – sesuai digayakan ke pejabat, ke majlis, mahupun ketika bersantai.
Tidak hanya cantik digayakan, Floralis Series juga direka sebagai hadiah istimewa. Dibungkus dalam kotak eksklusif dihiasi reben, ia menjadi pilihan ideal untuk meraikan Hari Ibu, Hari Guru, atau sebagai tanda penghargaan buat wanita tersayang.
Harga & Lokasi Jualan
Dijual pada harga RM145, koleksi ini boleh diperoleh secara eksklusif di laman rasmi www.buttonscarves.com.my serta butik-butik Buttonscarves di seluruh Lembah Klang, termasuk:
-
Suria KLCC
-
Pavilion KL
-
Avenue K
-
MyTOWN
-
1Utama
Pengalaman Imersif: Taman Bunga Moden di Butik Buttonscarves
Sempena pelancaran Floralis Series, butik-butik terpilih telah ditransformasikan menjadi taman bunga moden yang memukau, menggambarkan semangat koleksi ini. Para pengunjung dijemput merasai sendiri pengalaman visual yang menggabungkan fesyen dan keindahan bunga dalam satu ruang yang menginspirasikan.
Untuk sebarang maklumat lanjut serta kemas kini terkini, ikuti Buttonscarves di Instagram @buttonscarves_my atau lawati www.buttonscarves.com.my.