Hiburan

Syawal yang pilu buat aktres Anita Baharom: Ibu meninggal dunia

DUGAAN berat terpaksa diterima oleh pelakon Anita Baharom apabila ibunya, Wirmah Pawanchee pulang ke rahmatullah pada 6 Mei, baru-baru ini.

Anita yang baharu kematian suami, kini kehilangan ibunya yang berusia 74 tahun.

KUCUPAN terakhir tangan yang membelai Anita sejak dilahirkan. Kini semuanya tinggal kenangan. – GAMBAR IG ANITA BAHAROM

Kesedihan yang ditanggung oleh aktres ini dimuatnaik dalam Instagramnya, Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan punca kematian ibunya.

Dalam catatan di IGnya, Anita mencatat, “Innalillahwainnalillahhirojiun. Mak Ita dah taka da. Mak… Syurga Ita dah tak ada, Mak. Semoga Mak bahagia tenang di alam sana… Ita sayang Mak dunia akhirat. Kita jumpa di sana ya Mak.”

Catat Anita lagi, “Semoga Mak dapat jumpa abah dan Ismadi. Kami rindu Mak.”

Kesedihan Anita tidak dapat dibendung apabila beliau turut memuat naik foto kenangannya bersama arwah ibunya ketika sambutan Hari Ibu semalam.

Menzahirkan rasa rindu terhadap kehilangan arwah, Anita turut berkongsi sepotong doa buat ibunya yang sudah tiada, menyahut panggilan Ilahi.

Jenazah arwah telah pun selamat dikebumikan di Masjid Al Amin Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah pada pagi kelmarin.

AL-FATIHAH. Jenazah arwah ibu Anita telah selamat disemadikan. Bertabahlah wahai Anita. – GAMBAR IG ANITA BAHAROM

Terdahulu, pada 1 Januari lalu, suami Anita, Ismadi Ismail, 50, meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, Selangor.

Perkongsian hidup pasangan suami isteri ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Warga kerja SUARA MERDEKA mengucapkan Salam Takziah buat Anita Baharom dan anak-anak. Moga Allah SWT cucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah bonda dan suami, Ismadi. – SM

(Visited 526 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button