BanjirNasional

ATM bina Compact Bailey 200 untuk penduduk Kg Jawa

JAMBATAN Compact Bailey 200 sepanjang 18.24 meter kini sedang giat dibina di Kampung Jawa, Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

GAMBAR FB HISHAMMUDDIN HUSSEIN

Beliau berkata, pembinaan jambatan itu dilakukan menerusi kerjasama erat di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Darat Malaysia dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKRM).

“Jambatan ini akan menjadi jambatan sementara bagi memulihkan laluan perhubungan penduduk di kampung ini ekoran jambatan asalnya telah runtuh akibat banjir baru-baru ini,” kata Hishammuddin dalam akaun media sosial Facebook beliau.

Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang diketuai Lt. Nur Filzah Ismail bertungkus-lumus membina jambatan Compact Brailey 200 untuk kegunaan penduduk kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. – GAMBAR FB HISHAMMUDDIN HUSSEIN.

Hishammuddin turut mengucapkan tahniah dan penghargaan terima kasih kepada pegawai dan 11 anggota Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang diketuai Lt. Nur Filzah Ismail di atas kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut. – SM

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button