Nasional

‘Langkah Dubai’ tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan kata Anwar

‘Langkah Dubai’ yang didakwa digerakkan oleh pihak tertentu tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Kerajaan Perpaduan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau  juga tidak  ‘pusing’ mengenai usaha tersebut, sebaliknya memberi fokus kepada usaha membangunkan negara dan menjaga kesejahteraan rakyat.
“Saya baca mengenai ‘Langkah Dubai’ tetapi bagi saya kita tumpu soal kerja.

“Itu kerja mereka, tetapi bagi saya tidak beri kesan (kepada Kerajaan Perpaduan) dan yang penting kita sudah mula 2 Januari lancarkan satu program penting bagi rakyat.
“Tumpuan kita bangunkan negara dan jaga rakyat,” katanya selepas Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Perdana Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Menurut Anwar, beliau bersyukur kerana sehingga hari ini beliau masih menggalas jawatan nombor satu negara.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan menerima laporan risikan berkaitan ‘Langkah Dubai’ sebaik sahaja beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan gerakan berkenaan tiba ke tempat pertemuan di bandar raya itu.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau turut menerima laporan selepas pertemuan itu selesai dan berpendapat usaha berkenaan hanya membuang masa. – SM
(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button