NasionalNegeri

ATAM: Belia Perlis disaran rebut peluang belajar, latihan, kerja

SEBANYAK 240 baki peluang bagi melanjutkan pelajaran, latihan kemahiran serta pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Peluang Kejaya di tapak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di tengah pusat bandar Kangar baru-baru ini.

Karnival selama dua hari ini dianjurkan oleh Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn. Bhd.

Ia melibatkan kolaborasi dengan tujuh pihak iaitu FMG Food Sdn Bhd (ASPUTRA Ikan Bakar dan Cuemi Sotong Goreng), TWI Technology (S.E.Asia) Sdn Bhd, Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd (KHTP Techno), Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, McDonald’s, Malaysia Professional Accountancy Centre (MYPAC),
Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC), Kolej Vokasional Arau dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan meluangkan masa melawat reruai pameran.

Baginda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti kaunseling kerjaya, sesi temu duga dan penerangan mengenai tajaan MAIPs.

Permohonan peluang kerjaya ini masih dibuka sehingga habis semua kuota yang disediakan pada tahun 2022 ini.

Bagi maklumat lanjut mengenai segala peluang bidang latihan dan kemahiran serta peluang-peluang pekerjaan yang ada, masyarakat di negeri Perlis ini disarankan untuk melayari Facebook Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd dan boleh hubungi talian 012-5834439. – SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button