Nasional

Asyraf Wajdi saran kerajaan beri bantuan RM500 kepada mahasiswa

KERAJAAN diminta untuk mempertimbangkan pemberian bantuan tunai berjumlah RM500 kepada mahasiswa yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan penanguhan kemasukan ke universiti awam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyarankan bantuan itu berkata, ia bagi mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa.

Menurut beliau, walaupun KPT mempunyai justifikasi kukuh untuk tidak mahu mengambil risiko penularan wabak Covid-19 namun keputusan di saat akhir telah memberi kesan kepada sebahagian besar mahasiswa.

“Justeru Pemuda UMNO menyarankan agar pihak KPT dapat membawa cadangan ini dalam Mesyuarat Kabinet minggu ini agar dipertimbangkan cadangan bagi mengurangkan bebanan pelajar dan pihak keluarga masing-masing.

Keputusan pada saat-saat akhir untuk menangguhkan proses pendaftaran dan orientasi bagi pelajar universiti awam baru telah mencetuskan kemarahan dan kekecewaan selepas banyak pelajar telah tiba di kampus.

Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan parkara itu pada 2 Oktober bahawa pihaknya menggalakkan universiti awam untuk menangguhkan sebarang pendaftaran fizikal susulan lonjakan jumlah kes Covid-19.

Sebilangan besar pelajar menyatakan kekecewaan mereka di laman Facebook. Pengumuman saat akhir itu menyebabkan beberapa parti politik dan aktivis masyarakat tampil memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang perlu pulang.-SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button