Politik

Tak perlu tunggu PAU, putuskan hubungan dengan Bersatu segera

UMNO perlu segera memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tanpa perlu menunggu perhimpunan agung.

Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendesak Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan perkara itu.

UMNO dijadual membincang untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada Januari tetapi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ditunda berikutan lonjakan kes Covid-19 dan pengisytiharan darurat.

Sebelum itu, 147 dari 191 bahagian Umno telah meminta parti itu menarik kerjasama dengan Bersatu. Majlis Tertinggi Umno kemudian mengatakan bahawa parti itu akan membuat keputusannya pada PAU.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tengku Razaleigh berkata anggota Majlis Tertinggi mesti mengikut kehendak 147 bahagian tersebut.

“Mereka harus memilih untuk menolak kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan ketua pemerintah Perikatan Nasional,” katanya.

Oleh itu katanya, Majlis Tertinggi Umno mesti meminta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menolak kepemimpinan Muhyiddin sebelum Parlimen bersidang.

Keputusan di AGM untuk menarik sokongan Bersatu hampir pasti akan menyebabkan kejatuhan kerajaan PN.

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button