Nasional

Timbalan Menteri rebah di Parlimen

SIDANG Dewan Rakyat baru berlangsung setangah jam apabila terpaksa dihentikan ekoran Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang juga Anggota Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, pitam dan rebah di kerusinya.

Menurut laporan MalaysiaKini, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sedang menjawab soalan daripada Salim Sharif (BN- Jempol) dalam sesi jawapan lisan.

Sewaktu kejadian Eddin dikatakan baru memasuki dewan apabila beliau tiba-tiba terduduk.

Ekoran itu, Raja Kamarul Bahrin berhenti seketika daripada menjawab soalan apabila melihat Eddin rebah di tempat duduknya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon terus menghentikan sidang lalu memanggil petugas kesihatan masuk untuk memberikan bantuan kepada Eddin.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, dewan berhenti rehat sebentar untuk beri perhatian kepada timbalan menteri (Eddin).

“Minta bantuan doktor perubatan,” katanya Mohd. Rashid sepeti yang dipetik daripada MalaysiaKini..

Pada 21 Oktober, Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) mengejutkan ahli parlimen apabila rebah semasa membahaskan Balanjawan 2020.

Selepas bantuan awal, Eddin kemudian dilaporkan kembali sedar semula dibawa keluar dari dewan dengan kerusi roda. 

Sidang tertangguh kira-kira lima belas minit sebelum disambung semula jam 10.43 pagi.

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button