Uncategorized

Raja Muda berkenan lawat Program TT Klasik Mercedes Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melawat ‘Program TT Klasik Mercedes Perlis’ di pekarangan Restoran Sungai Bakong Dua, Padang Behor, Kangar, semalam.

Program julung kali diadakan di Perlis ini telah mempamerkan lebih 70 koleksi kereta jenama Jerman anjuran Komuniti Mercedes Perlis, Rakan Mercedes Kulim, Northern Mercedes Benz Owners Club, Tuten Northern dan juga W202 Otai Utara.

Hadir sama menyambut keberangkatan Baginda ialah ikon klasik Mercedes Malaysia, Azril Bahaman yang juga Pengasas Klasik Mercedes Malaysia.

Turut diadakan ialah ‘Acara Review Kereta’, ‘penyampaian hadiah kepada lima kereta pilihan’, ‘Acara jualan dan autograf merchandise produk yang dibawa khas untuk para peminat’ serta ‘Acara Konvoi ke Timah Tasoh’. – SM

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button