JenayahNasional

Wanita warga emas direman simbah asid terhadap suami isteri

SEORANG warga emas direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian simbah asid di Batu Caves, Selangor yang menyebabkan sepasang suami isteri cedera.

Pemangku Ketua Polis Gombak, Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu direman selama empat hari bermula hari ini.

Motif kejadian masih disiasat, katanya menurut laporan Sinar Harian.

Dalam kejadian pada 4 Julai lalu, sepasang suami isteri cedera apabila disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang wanita semasa memasuki lif di sebuah pangsapuri.

Mangsa, seorang wanita tempatan berusia 60 tahun manakala suaminya, warga asing yang juga pengusaha kedai roti, berusia 37 tahun.

Menurut polis, suspek bertindak menyimbah cecair itu dari luar lif sebelum melarikan diri.

Mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dilaporkan meminta bantuan orang awam untuk menghantar mereka ke Hospital Selayang. – SM

BACA Dua beradik disahkan cacat kekal, terkena serbuk asid soda paip jiran

BACA Isteri simbah asid kepada suami curang

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button