Luar Negara

Pembaca berita wanita TV perlu tutup wajah

ARAHAN ekstreme atau sebaliknya, terpulang kepada anda untuk menilai tetapi di Afghanistan, pihak berkuasa Taliban mengeluarkan arahan meminta pembaca berita televisyen wanita menutup muka mereka ketika bersiaran.

Arahan kepada stesen televisyen dikeluarkan oleh seorang pegawai kelmarin.

Tindakan itu susulan arahan pihak berkuasa supaya wanita menutup wajah mereka di khalayak ramai seperti diwajibkan dalam dasar Taliban.

Dasar yang diamalkan oleh Taliban pada masa lalu itu dilihat sebagai peningkatan sekatan terhadap rakyatnya yang mencetuskan kemarahan di dalam dan luar negara.

“Semalam kami menemui pegawai media… mereka gembira menerima nasihat kami,” kata Akif Mahajar, jurucakap kementerian maksiat dan kebajikan Taliban.

Hari ini merupakan tarikh akhir untuk pembaca berita televisyen wanita berbuat demikian.

Mahajar bagaimanapun tidak mengulas akibatnya jika nasihat itu tidak dipatuhi.

Ramai wanita Afghanistan memilih untuk berhijab tetapi amalan menutup muka bukan sesuatu yang biasa dilakukan di kawasan bandar seperti Kabul.

Ketika pemerintahan Taliban, dari 1996 hingga 2001, wanita diwajibkan memakai burqa.

Mahajar berkata, pembaca berita wanita boleh memakai pelitup muka seperti digunakan sejak wabak Covid-19 bermula.

Seorang pekerja stesen televisyen tempatan wanita yang enggan dinamakan memberitahu, pegawai Taliban datang ke pejabatnya pada Rabu lalu.

“Hari ini (Khamis) jabatan penerbitan memakai pelitup muka tetapi balai berita beroperasi seperti biasa,” katanya.

Terdapat rangkaian televisyen yang sudahpun mula melaksanakan peraturan baharu itu. – SM

(Visited 960 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button