Ekonomi

Aspek keberkatan beri impak dalam perniagaan VFive Group

KONSEP perkongsian kemakmuran (shared prosperity) melalui kerja amal dan kebajikan merupakan paksi utama kepada prinsip yang diamalkan oleh sebuah syarikat milikan penuh bumiputera, VFive Group.

Penerapan konsep itu boleh dilihat pada majlis jamuan makan malam tahunan VFive Group, di Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur, yang turut mengundang pelbagai pertubuhan dan wakil yang turut menerima sumbangan dan menjadi rutin tahunan syarikat berkenaan.

Datuk Haji Mohd Syafiq bin Haji Abdullah

Ketua Pengarah Eksekutif VFive Group, Datuk Haji Mohd Syafiq bin Haji Abdullah berkata, beliau percaya bahawa konsep “Keberkatan adalah penting dalam setiap apa yang dilakukan”.

Justeru itu, VFive Group meskipun sebagai entiti perniagaan dengan objektif keuntungan, namun pihak kami sentiasa meletakkan konsep “Keberkatan” dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.

Di antara salah satu daripada 15 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) VFive Group yang disasarkan bagi tahun 2021 adalah memperkasakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu masyarakat dan golongan yang kurang berkemampuan.

Penanda aras kejayaan VFive Group yang dicapai bagi tahun 2021 adalah dengan penubuhan sebuah organisasi di bawah naungannya, iaitu Yayasan VFive yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan memerlukan.

“Pada tahun ini, jumlah bantuan yang berjaya disalurkan melalui Yayasan VFive adalah RM3.6 Juta. Yang mana kaedah bantuan yang disalurkan fokus kepada sekolah-sekolah tahfiz, surau-surau dan juga masjid-masjid dengan membayar bil elektrik dan bil air”

“Selain dari itu bantuan diberikan oleh VFive Group adalah dalam bentuk peluang pekerjaan dan juga bantuan sosioekonomi kepada mereka yang amat memerlukan” kata Mohd Syafiq lagi.

Penubuhan Yayasan VFive ini merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memantapkan dan menstrukturkan program membantu komuniti sekitar. pihak yang terjejas sumber pendapatan susulan pandemik COVID-19 dan mereka yang kurang bernasib baik.

Dalam pada itu, pihak VFive Group melalui Yayasan VFive telah merancang pelbagai lagi usaha dan strategi untuk membantu masyarakat sekitar pada tahun 2022.

Sebagai sebuah syarikat yang meletakkan kepentingan kebajikan, VFive turut menjalankan pelbagai inisiatif antaranya liputan kesihatan, bantuan persekolahan anak-anak dan bantuan kilat bencana kepada kakitangan VFive. – SM

 

 

 

(Visited 715 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button