NasionalNegeri

Sistem Bayaran Dalam Talian MAIPs mudah untuk transaksi

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Sistem Bayaran Dalam Talian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui laman portal rasmi www.maips.gov.my yang terkini amat mudah untuk dibuat transaksi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan salah seorang jemaah semasa berangkat ke Program Hijrah Minda MAIPs Edisi Ke-20 Bagi Tahun 2023 di Masjid Ar Rahim, Titi Tok Bandar, Kangar.

Baginda bertitah, antara keistimewaan sistem berkenaan adalah ianya turut meluaskan bayaran wakaf, sumber am, sedekah termasuk bayaran sewaan premis MAIPs selain turut dimantapkan dengan platform gerbang pembayaran dalam talian yang tidak hanya terikat kepada medium “fpx”, tetapi turut dikembangkan melalui sistem bayaran kad debit, serta melalui aplikasi “TouchNgo”, “GrabPay”, “Boost”, “DuitNow QR”, dan “Shoppe Pay”.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat ke Program Hijrah Minda MAIPs Edisi Ke-20 Bagi Tahun 2023 di Masjid Ar Rahim, Titi Tok Bandar, Kangar.

Seramai 20 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid tersebut menerima agihan zakat MAIPs berjumlah RM400 setiap seorang daripada Baginda dengan jumlah penuh pada kali
ini bernilai RM8,000.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar ketika berangkat sempena Program Hijrah Minda MAIPs Edisi Ke-20 Bagi Tahun 2023 di Masjid Ar Rahim, Titi Tok Bandar, Kangar.

Raja Muda turut menekankan bahawa MAIPs terus komited untuk meningkatkan perkhidmatannya dalam menggunakan teknologi digital terkini.

Baginda merangkap Yang DiPertua MAIPs yakin kemajuan dan kecanggihan teknologi akan mampu membantu meningkatkan lagi kadar produktiviti agensi berkenaan dan menjadikan segala urusan lebih pantas dan efisien.

Baginda diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor yang memaklumkan bahawa pelbagai perancangan menyeluruh dalam pengurusan ICT dan pendigitalan perkhidmatan telah ditetapkan bagi mendokong aspirasi perkhidmatan mampan oleh MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda MAIPs Edisi Ke-20 Bagi Tahun 2023 di Masjid Ar Rahim, Titi Tok Bandar, Kangar.

Dalam hubungan itu, pihak Pengurusan MAIPs menetapkan beberapa sasaran pencapaian pemantapan pengurusan dan perkhidmatan melalui inisiatif pendigitalan selaras dengan Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0. – SM

BACA Raja Muda lancar Sistem Bayaran Dalam Talian melalui lwww.maips.gov.my terkini

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button