Luar Negara

Sri Lanka terima pinjaman IMF USD$2.9 bilion tangani krisis kewangan

KRISIS kewangan yang meruncing dihadapi Sri Lanka membuatkan kerajaan negara itu mencapai persetujuan awal dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk menerima pembiayaan berjumlah USD$2.9 bilion.

Difahamkan pembiayaan selama 48 bulan yang disokong Kemudahan Dana Lanjutan (EFF) baharu Sri Lanka adalah untuk memulihkan kestabilan makro-ekonomi dan kemampanan hutang, kata IMF dalam kenyataannya semalam.

Menurut IMF, perjanjian peringkat kakitangan itu dicapai selepas perbincangan antara misi IMF yang diketuai oleh pegawai kanan Peter Breuer dan Masahiro Nozaki serta pihak berkuasa Sri Lanka termasuk presiden dan Menteri Kewangan Ranil Wickremesinghe, Perdana Menteri Dinesh Gunawardena dan Gabenor Bank Pusat Sri Lanka (CBSL). P. Nandalal Weerasinghe, diadakan di Colombo dari 24 Ogos hingga 1 September lalu.

“Perjanjian itu tertakluk kepada kelulusan oleh pengurusan IMF dan Lembaga Eksekutif dalam tempoh yang akan datang.

“Ia bergantung kepada pelaksanaan tindakan terdahulu oleh pihak berkuasa dan jaminan pembiayaan yang diperoleh daripada pemiutang rasmi Sri Lanka dan melakukan dengan niat yang baik untuk mencapai perjanjian kerjasama dengan pemiutang swasta,” menurut kenyataan IMF itu lagi.

Kata IMF lagi, pelepasan hutang daripada pemiutang Sri Lanka dan pembiayaan tambahan daripada rakan kongsi pelbagai hala akan diperlukan untuk membantu memastikan kemampanan hutang dan merapatkan jurang pembiayaan.

Untuk rekod, Sri Lanka gagal membayar hutang luar negerinya awal tahun ini dan mengalami kekurangan pertukaran asing yang kritikal untuk mengimport keperluan asas seperti bahan api dan ubat-ubatan.

“Ekonomi dijangka menguncup sebanyak 8.7% pada 2022 dan inflasi baru-baru ini melebihi 60%. Kesannya ditanggung secara tidak seimbang oleh golongan miskin dan terdedah,” kata IMF. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button