Nasional

Teruskan Amalan Baik Ketika COVID-19 – Raja Perlis

“Kita tidak boleh ubah Malaysia demi kepentingan kita, tetapi kita berubah untuk Malaysia dan praktikkan apa yang baik telah dilakukan sebelum ini,” titah baginda pada Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri di Balai Mengadap, Istana Arau hari ini.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri hari ini.

Tuanku Syed Sirajuddin turut berterima kasih kepada pasukan barisan hadapan yang berkorban demi menjaga kepentingan rakyat dalam usaha melawan penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Pada masa sama, Raja Perlis meminta rakyat bersabar dengan kekangan yang dilaksanakan pada masa ini termasuk berhubung kebenaran mengerjakan solat berjemaah di masjid dan surau. – BERNAMA

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button