Nasional

Lapan peniaga disiasat naikkan harga ayam

Sebanyak lapan peniaga ayam disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan mencatut iaitu mengenakan harga ayam yang melampau.

Kesalahan tersebut didapati dilakukan oleh empat peruncit pasar awam di Malaka dan empat pemborong iaitu satu di Melaka dan tiga lagi di Kuala Lumpur.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, kesemua kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 14(1),Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatuan 2011.

BACA> Lelaki dan wanita ditahan memandu secara mabuk

“Kita telah menerima maklumat berhubung aduan orang ramai yang menyatakan berlakunya kenaikan harga ayam di pasar-pasar basag awam.

“Kita kemudian telah memulakan pemeriksaan pada 18 Jun lalu di seluruh negara ke atas peruncit di pasar-pasar awam, pemborong serta pengeluar ayam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Iskandar Halim, sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 353 premis telah diperiksa melibatkan 280 peruncit, 50 pemborong dan 23 penternak ayam.

BACA> Polis berjaya kesan 532 individu gagal hadir saringan kedua Covid-19

Jelasnya, hasil pemeriksaan, sebanyak 310 premis telah dikemukakan notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 bagi mendapatkan maklumat awal kenaikan harga yang berlaki.

“268 daripada jumlah notis tersebut akan diteruskan pemeriksaan untuk mendapatkan perincian maklumat bagi tujuan siasatan di bawah pencatutan,” jelasnya. -SM

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button