Nasional

Keadilan tiada masalah proses siasatan Guan Eng – Anwar Ibrahim

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi ulasan tentang perkembangan dalam negara terutamanya melibatkan kes Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi semalam.

Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu lagi, ada orang kata, ini merumitkan sebab keadilan tolak rasuah dan salahguna kuasa.

Menerusi tulisan Anwar di Facebook miliknya, Keadilan tiada masalah dengan proses siasatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) wajar siasat apa saja tuduhan serta perlu ingat untuk pastikan ia bukan bermotif politik dan penganiayaan, ujarnya.

Menurut Anwar, kes Datuk Seri Najib Razak juga dilihat melalui fakta dan undang-undang. Guan Eng belum dihukum. Jadi usah samakan dengan kes beliau (Najib).

“Saya bukan bangkitkan kerana dia sahabat saya. Bagi pihak KEADILAN atau PH, kita tak boleh diam diri. Kita akan teliti dan pantau kes ini secara dekat dan teliti.

“Keadilan dan PH berpendirian menolak cara pendakwaan yang tidak telus dan ditafsirkan sebagai menekan musuh politik,” ujar Anwar.

Anwar turut menyentuh tentang penahanan isteri Guan Eng, Betty Chew oleh SPRM yang disabitkan dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Kata Anwar, suami dihadapkan ke mahkamah isteri pula yang ditahan. Seandainya berkuasa usah sehingga hilang tonggak keadilan dan kemanusiaan. – SM

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button