JenayahNasionalNegeri

Kempen jenayah siber Polis Perlis berjaya kurangkan 50% kes

Wartawan Suara Merdeka menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis dari Muhammad Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 2024 di Dewan Serbaguna IPK Perlis di Kangar, hari ini. – Gambar Ihsan FB Polis Perlis

INISIATIF Polis Perlis melancarkan Kempen “Pikiaq Sat, Tak Yah Kalut…Tanya Kami Dulu..” berkesan apabila kes jenayah siber di negeri ini berjaya dikurangkan sehingga 50 peratus.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kempen ini telah dilancarkan sejak Februari lalu.

“Ini berikutan kes jenayah siber telah meningkat kepada 45 kes pada Januari lalu yang disifatkan sebagai sangat tinggi setakat ini,” katanya kepada sidang media selepas majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 2024 di Dewan Serbaguna Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Kangar, hari ini.

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 2024 di Dewan Serbaguna IPK Perlis di Kangar, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negeri Senior Asisten Komisioner, Baderulhisham Baharuddin dan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perlis, Asisten Komisioner, Azizan Tukiman @ Abdul Rahman.

Turut hadir dua mantan Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron dan Datuk Surina Saad.

Muhammad berkata, sejak kempen ini dilaksanakan ia berkurangan kepada 20 kes sahaja sebulan.

“Kita memahami mangsa biasanya dalam keliru apabila mendapat panggilan “scammer” sehingga rasa sukar untuk menghubungi hotline pusat,” katanya.

Beliau berkata, dengan kempen ini, orang ramai boleh hubungi menerusi talian atau ke balai berdekatan rumah bagi membantu.

“Sekarang kita masih lagi memberikan penerangan di peringkat petugas di balai-balai supaya mampu memberikan bantuan berkaitan jenayah siber yang berbeza dari jenayah lain,” katanya.

Katanya, sebanyak 50,000 risalah kempen ini telah dicetak untuk diedarkan kepada orang ramai bagi edaran.

Muhammad berkata, jenayah siber perlu diperangi bersungguh-sungguh kerana sentiasa ada kes pada setiap bulan.

Muhammad diiringi isteri memberikan cenderamata kepada salah seorang ahli keluarga polis semasa lawatan kebajikan di Hospital Pakar KPJ Perlis di Kangar. – Gambar Ihsan FB Polis Perlis

Sementara itu, sempena Hari Polis, wartawan Suara Merdeka juga antara media yang menerima Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Perlis.

Muhammad juga melakukan lawatan kebajikan bersama isterinya Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perlis, Datin Rosita Mohd Khair ke Hospital Pakar KPJ Perlis di Kangar. – SM

BACA Techcreate kuasai pasaran keselamatan siber melalui perkongsian strategik

BACA Prihatin talian 997, Semak Mule elak jadi mangsa jenayah siber

(Visited 11 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button