Politik

Asal bukan PH

PRN Melaka menyaksikan pertembungan tiga kelompok kuat yang menguasai kedudukan politik negara pada ketika ini.

BN yang memilih bergerak solo, PN selaku kelompok terbesar yang membentuk kerajaan pada hari ini dan Pakatan Harapan (PH) yang berjaya ditumbangkan selepas mengheret negara mundur ke belakang dan menuju lembah kehancuran selama 22 bulan berkuasa di Putrajaya.

BN dan PN bergerak dan berdiri berlandaskan sebuah dasar ideologi yang sama yakni ABATA sebagai pegangan dan tujuan perjuangan.

Perseteruan di antara UMNO dan PN terjadi hanyalah kerana percanggahan yang lebih bersifat peribadi di antara pimpinan tertinggi UMNO ( Zahid Hamidi and The Gang ) dan ketua-ketua parti dalam PN khususnya terhadap TSMY-Mantan Perdana Menteri.

Pertembungan di antara BN dan PN sesungguhnya adalah suatu kerugian buat kedua-dua belah pihak. Di mana, jika jalinan kerjasama diantara BN-PN terjalin maka ia merupakan sebuah hambatan besar kepada PH untuk merebut kerusi yang dipertandingkan dan kembali berkuasa.

Di Putrajaya, kerajaan perseketuan berdiri kerana kerjasama dan sokongan diantara kedua belah pihak (BN-PN), namun PRN Melaka menyaksikan suatu keanehan yang tersendiri bilamana pihak yang berkerjasama di peringkat persekutuan berseteru pula di peringkat negeri sehingga bibit harapan untuk PH merampas Melaka mula berputik dan bertunas harapan.

Rakyat Melaka dihidangkan dengan beragam pilihan untuk merebut undi-undi mereka, namun di ingatkan dengan tegas agar janganlah pilihan mereka jatuh kepada Pakatan Harapan.

BN mahupun PN keduanya menawarkan “AKU JANJI” yang rasional dan mampu diwujudkan, kerana kedua belah pihak secara dasarnya merupakan kerajaan perseketuan pada hari ini.

Tetapi tidak dengan PH, walaupun semasa mereka menduduki Putrajaya, PH gagal dan semakin merosakkan pula negara ini walaupun slogan mereka adalah “Malaysia Baru” pada ketika memerintah negara ini.

PH merupakan suatu kelompok “HITAM” yang bersifat merosakkan dan pencandu kepada sebuah retorik perjuangan usang demi matlamat peribadi.

Rakyat dan kepentingan negara tidak pernah menjadi tujuan dan arah perjuangan PH, terbukti selama 22 bulan menjadi kerajaan, yang di jayakan PH hanyalah kerosakkan kepada hampir keseluruhan sistem pentadbiran negara ini, kesengsaraan kepada rakyat dan penjarahan hasil negara yang tidak tahu kemana dibelanjakan.

Pucuk pimpinan PH yang tidak berkualiti serta telah lapok seperti DSAI (PKR) si “PM TEPI” dengan episod tak berpenghujung, LGE (DAP) dengan dinasti keluarga beliau, dan Mat Sabu (AMANAH) dengan komedi memalukannya di peringkat antarabangsa.

Jika pimpinan tertinggi PH sahaja sebegini rendah nilai dan kualitinya, apa pula yang dapat di harapkan kepada calon-calon yang mereka pertaruhkan pada PRN Melaka ini ?.

Usah lah rakyat Melaka memperjudikan nasib dengan memberikan walau satu undi pun jua kepada mana-mana calon daripada PH, tiada apa yang dapat di harapkan daripada mereka melainkan janji-janji bulan dan bintang yang tidak dapat di realisasikan langsung.

BN mahupun PN, tetapi janganlah sesekali berpaling kepada PAKATAN HARAPAN.

Demi esok yang tidak pasti, janganlah nasib negeri di perjudi sebagaimana nasib negara pada PRU yang lalu.

(Visited 529 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button