Nasionalpilihan

Inisiatif baharu perkhidmatan jalur lebar bakal diumum tidak lama lagi – Annuar Musa

INISIATIF baharu untuk terus menambah baik perkhidmatan jalur lebar negara bakal diumumkan tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi catatan Twitter dan Facebook, beliau berkongsi bahawa beliau melawat pejabat Digital Nasional Bhd (DNB) pada Selasa (28 Jun) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan projek 5G negara.

“Seperti biasa, saya akan melihat dengan dekat mengenai status terkini pelaksanaan rangkaian 5G negara oleh DNB bagi memastikan semuanya mengikut jadual.

“Saya akan buat beberapa pengumuman dalam masa terdekat berhubung inisiatif-inisiatif baharu untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara,” katanya di Facebook.

DNB ialah syarikat tujuan khas Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ia ditubuhkan pada awal Mac 2021 untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia. – SM

Artikel berkaitan > Pemuda UMNO akan diberi taklimat mengenai pelaksanaan Projek 5G Kebangsaan

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button