Ekonomi

AirAsia kembali beroperasi di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi mulai 15 September 2022

AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) bakal kembali beroperasi di Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi mulai 15 September 2022.

Semua penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan: AK), AirAsia Thailand (kod penerbangan: FD), AirAsia Indonesia (kod penerbangan: QZ) dan AirAsia Filipina (kod penerbangan: Z2) akan tiba dan berlepas dari Terminal 4. Jadual penerbangan dan waktu perlepasan serta ketibaan tidak akan terjejas oleh perpindahan tersebut.

Tetamu akan dimaklumkan mengenai perubahan ini melalui e-mel dan SMS serta akan menerima maklumat penerbangan baharu melalui e-mel yang berdaftar. Para tetamu disarankan untuk mengemas kini butiran untuk dihubungi bagi memastikan mereka menerima sebarang kemas kini terhadap penerbangan mereka.

Berikut adalah kaunter perkhidmatan AirAsia di Terminal 4:

AirAsia menggalakkan semua tetamu untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App sebelum tiba di lapangan terbang dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan mereka. Perkhidmatan daftar masuk dalam talian tersedia dari 14 hari hingga 1 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Para tetamu yang akan melakukan perjalanan ke Singapura perlu mengisi Kad Ketibaan SG (SG Arrival Card) dalam masa tiga hari sebelum tarikh perlepasan yang dijadualkan melalui pautan berikut: https://eservices.ica.gov.sg/sgarrivalcard.

Manakala, tetamu yang mempunyai penerbangan sambungan di terminal lain dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan masa yang mencukupi untuk ke terminal lain. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button