NasionalNegeri

Raja Muda saksi serahan sijil SKM kepada Koperasi Kariah Masjid Seberang Ramai

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis penyampaian sumbangan kepada asnaf di Kariah Seberang Ramai dan Seberang Tok Pi di Masjid Abu Bakar As-Siddiq di Kampung Seberang Ramai di Kuala Perlis.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan penyampaian sijil pendaftaran koperasi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Koperasi Kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SKM, Rusli Jaafar kepada wakil kariah Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Aziz Mizan.

Koperasi tersebut ditubuhkan pada 15 Februari lalu.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Masjid Abu Bakar As-Siddiq di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Di majlis yang sama CEO UDA Holdings Berhad, Datuk Sri Mohd Salem Kailany mewakili UDA menyerahkan sumbangan zakat kepada masjid tersebut sebanyak RM10,000.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Masjid Abu Bakar As-Siddiq di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Raja Muda dan Raja Puan Muda turut berkenan menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 70 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Seberang Ramai dan 70 lagi dari Kampung Seberang Tok Pi.

Masing-masing menerima sumbangan daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra berupa wang tunai RM700 setiap seorang dengan agihan wang zakat MAIPs kali ini berjumlah RM98,000. – SM

BACA Kanak-kanak beri sambutan hebat Program Rezeki Subuh di Perlis

(Visited 18 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button