Hiburan

Arwah Benjy selamat dikebumikan di Medan, pengebumian disiar menerusi panggilan video

Allahyarham Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim selamat dikebumikan di tempat Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima, Kampung Medan Indonesia kira-kira pukul 11 pagi tadi (waktu Indonesia).

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Hanafiah berkata, semua urusan jenazah Benjy diuruskan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.

“Saya sempat menyaksikan proses pengkebumian Benjy dalam siaran langsung video bersama keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan.

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke Negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” katanya.

Benjy merupakan anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty dan telah dipenjarakan di Penjara Tanjung Gusta, Medan Indonesia sejak 2017.

Arwah juga dilaporkan baru sahaja selesai khatam Al-Quran dalam satu majlis yang diadakan oleh pihak penjara pada Februari lalu. -SM

 

(Visited 456 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button