Ekonomi

Artroniq dan StoreHub menerajui transformasi digital dalam industri peruncitan F&B

Artoniq Innovation Sdn Bhd (“Artroniq”) telah menjalin perjanjian perkongsian dengan StoreHub Sdn Bhd  “StoreHub”) untuk menggerakkan penyelesaian-  penyelesaian peruncitan dan F&B saluran bersepadu (omnichannel) di lebih 15,000 cawangan  peruncitan di seluruh negara untuk memacu transformasi digital dalam sektor peruncitan F&B.

Perjanjian perkongsian tersebut telah dibina berdasarkan keinginan kedua-dua pihak untuk mendefinisi semula industri peruncitan F&B dengan menyokong PKS tempatan dalam perjalanan transformasi mereka.

Melalui perjanjian perkongsian ini, Artroniq dan StoreHub akan  membangunkan sebuah ekosistem yang bersepadu untuk perisian, sokongan jaminan perkakasan titik jualan (POS), dan kebolehharapan pengguna.

Artroniq akan menyumbangkan kepakarannya dalam jaminan perkakasan, logistik dan perkhidmatan pengaturan, manakala StoreHub akan menyediakan perisian POS khusus, pemasangan aplikasi dan perkhidmatan latihan.

Penyelesaian POS semua-dalam-satu yang diatur oleh kedua-dua syarikat tersebut akan menyampaikan pengalaman yang lancar untuk rangkaian peruncitan F&B bagi membantu mereka mencapai kecekapan operasi yang lebih baik.

Mengulas tentang perjanjian perkongsian tersebut, Leong Seng Kin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Artroniq Berhad berkata “Kami teruja untuk memulakan perjanjian perkongsian dengan StoreHub bagi mentransformasi industri peruncitan F&tempatan.

“Bersama StoreHub, kami akan membantu PKS untuk memperbaiki strategi, proses dan infrastruktur perniagaan mereka supaya selari dengan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.

“Dengan penyelesaian yang bersepadu, perniagaan akan dapat terus menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan mereka melalui pengalaman digital hujung-ke-hujung yang lancar, seterusnya memberi manfaat kepada pengguna akhir dengan lebih kemudahan apabila membuat pembelian di kedai.”

Dalam era digitalisasi ini, industri peruncitan F&B memerlukan sistem yang pantas, tepat dan lancar yang diintegrasi dengan ciri-ciri bayaran POS. Melalui perjanjian perkongsian ini,

Artroniq dan StoreHub juga ingin bersama-sama membangunkan program-program berimpak untuk perniagaan yang dapat memperkasakan mereka dalam usaha meningkatkan keupayaan infrastruktur teknologi, kehadiran dalam talian dan meraih perkongsian pasaran yang lebih besar.

Dengan kepakaran dalam perkakasan dan teknologi perisian, kedua-dua syarikat akan menawarkan kepakaran subjek, penyelesaian digital dan sokongan teknikal untuk melancarkan perjalanan transformasi digital mereka.

Seterusnya, Artroniq akan mencari rakan-rakan perniagaan yang berpotensi untuk membantu PKS tempatan menjalankan transformasi digital. Sebagai pengedar strategik dengan keupayaan teknikal khusus dalam  perkakasan POS dan pembayaran mudah alih.

Artroniq mensasarkan untuk memperkasa lebih banyak perniagaan di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara, terutamanya dalam sektor F&B, peruncitan dan hospitaliti. – SM

(Visited 559 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button