Hiburan

Artis tidak lagi perlukan wartawan hiburan?

KUALA LUMPUR – Kisah silam di antara artis dan wartawan hiburan pernah terjalin erat suatu ketika dahulu.

Kata orang, hubungan di antara artis dan wartawan umpama isi dengan kuku, aur dengan tebing.

Perumpamaan itu hanya difahami oleh golongan artis dan kelompok wartawan hiburan yang senior atau lama.

Dalam erti pemahaman yang mudah, perumpamaan tersebut telah tidak terpakai secara perlahan-lahan apabila generasi Y atau Gen Y beralih kepada media sosial atau medsos seperti Instagram dan Facebook.

Apabila direnung keadaan perubahan zaman yang melanda kita semua pada hari ini, terbayang rasa gusar terhadap tiada relevannya lagi wartawan hiburan di mata artis.

Mungkin kelompok anak seni yang berada dalam industri hiburan tanah air yang meneruskan perjuangan mereka tetap merasakan perlunya wartawan hiburan dalam meneruskan uar-uar dan paparan publisiti terhadap apa jua karya seni yang dihasilkan.

Tak kiralah sama ada artis dari kelompok penyanyi atau pun pelakon.

Sebenarnya kelompok artis baharu yang beralih arah, berkiblatkan medsos untuk melaungkan lagu atau drama lakonan mereka gagal menilai betapa berbezanya penulisan berdasarkan interbiu yang dilakukan oleh wartawan hiburan dengan publisiti di medsos.

Tidak dinafikan, artis BBNU lebih cenderung menggunakan kaedah tulis sendiri dan hantar di medsos mereka kerana itulah jalan singkat lagi pantas untuk mempromosikan kerja mereka.

Apa yang mereka tidak merasai ialah diwawancara oleh wartawan hiburan dengan lontaran soalan-soalan yang memerlukan golongan artis ini berfikir sebelum memberikan jawapan. Bukan jawab secara sembrono.

Begitu juga halnya bagi kalangan wartawan hiburan yang perlu beringat, cuba jangan lontar soalan bodoh kepada artis. Kelak boleh makan diri! Situasi ini pernah terjadi.

Cuma dalam zaman sekarang yang serba moden, serba pantas, ke manakah arah artis yang bersandarkan kepada medsos sebagai medium publisiti?

Wartawan hiburan boleh sahaja beralih kepada wartawan arus perdana kerana selagi bergelar wartawan, boleh sahaja membuat pemberitaan isu sosial, kemanusiaan, jenayah, sukan, mahkamah, politik dan sebagainya.

Sedarlah dan tidak salah jika berbalik kepada kaedah artis ditemubual oleh wartawan hiburan kerana itu lebih afdal lagi. Lebih memberi kepuasan kepada pembaca. Biarpun menggunakan platform portal berita, bukan blog.

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button