Nasional

PJD Link: Suara rakyat tidak didengar?

PARTI Sosialis Malaysia Petaling Jaya (PSM PJ) mengecam dan membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri Selangor yang telah mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya PJD Link setelah penilaian semula laluan lebuhraya tersebut.

PSM PJ juga amat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri mengendalikan bantahan oleh kumpulan-kumpulan penduduk, terutamanya aksi protes pada 22 Februari 2024 di sebuah forum yang dihadiri oleh Menteri Besar Selangor.

Menurut laporan media, Stakeholders cum Residents Against PJD Link (ScRAP) telah menghantar surat demi
surat dan menyerahkan sebanyak empat memorandum kepada pejabat menteri besar tetapi tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak mereka.

“PSM ingin mengingatkan semula bahawa Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kebebasan bersuara dan ekspresi. Maka, tindakan merampas banner adalah amat keterlaluan dan tidak patut berlaku.

“Ini adalah satu projek berskala besar yang akan mengubah rupa bentuk dan aksesibiliti kawasan-kawasan yang terlibat. Kerajaan sepatutnya berusaha untuk berjumpa dengan rakyat selepas mereka hantar memorandum bantahan sebelum ini,” kata Koordinator PSM Petaling Jaya, Gandipan Nantha Gopalan.

Katanya, mengimbas kembali apa yang telah berlaku setakat ini, pada 30 Julai 2023, Menteri Besar Selangor telah mengumumkan pembatalan pembinaan lebuh raya PJD Link.

“Namun demikian, dua hari selepas pengumuman pembatalan, MB Selangor memaklumkan bahawa projek tersebut mungkin dihidupkan semula sekiranya pemaju memenuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri itu. Pada 22 Februari 2024, keluarnya laporanEXCO Infrastruktur & Pertanian Kerajaan Negeri Selangor, Izham Hashim bahawa PJD Link tidak dibatalkan tetapi hanya ditangguhkan untuk penilaian semula.

“Pada 24 Februari 2024, MB Selangor mengatakan pengurusan PJD Link harus berunding dengan kerajaan persekutuan sekiranya nak membina lebuhraya dengan laluan baru,” katanya.

“Ini adalah satu situasi yang sangat mengelirukan. Kerajaan negeri Selangor harus menyatakan pendirian dan bersikap telus dalam isu lebuhraya PJD Link. Adakah kerajaan negeri dan ahli Dewan Undangan Negeri kawasan yang terlibat menyokong atau tidak menyokong pembinaan lebuh raya ini.

“Kerajaan negeri juga harus memberi penjelasan kenapa ia sangat susah untuk kerajaan negeri untuk membatalkan terus projek lebuhraya ini yang tidak dipersetujui dan dibantah oleh penduduk-penduduk di sekitar cadangan kawasan pembinaan lebuhraya tersebut.

“Menteri Besar sendiri memberitahu bahawa kerajaan negeri Selangor telah menerima Social Impact Assessment yang menyatakan penduduk, kecuali yang di Taman Medan dan Kinrara, tidak setuju dengan pembinaan lebuh  raya baru ini.

“Mengapa kerajaan masih perlu memberi cadangan dan tunggu untuk penilaian semula itu untuk berlaku?

“PSM bersolidariti bersama inisiatif-inisiatif kumpulan penduduk dalam menentang pembinaan PJD Link. Pembinaan lebuh raya adalah satu kontradiksi yang besar dalam usaha sesebuah negara dalam membentuk satu ekonomi dan negara yang memberi kepentingan dalam isu alam sekitar,” katanya. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button