Nasional

Arman Rumaizi Naib Canselor UPNM Kelapan

Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan  Nasional (UPNM) yang baharu berkuat kuasa mulai 30 Januari 2025.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Pengajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012.

Sebelum pelantikan ini, Arman adalah merupakan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari tahun 2022 dan pernah menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota serta Panglima Markas 2 Divisyen Pulau Pinang.

Beliau juga pernah dilantik sebagai penasihat ketenteraan kepada mantan Menteri Pertahanan dari tahun 2014 hingga 2018.

Dengan pengalaman dan reputasi kepimpinan yang dimiliki oleh Arman, Kementerian yakin beliau berupaya
meneraju dan memperkasa tadbir urus UPNM terutama dalam mengukuhkan pentadbiran organisasi, pembangunan akademik dan penyelidikan berteraskan sains dan teknologi pertahanan bagi melahirkan
bakat terbaik negara khususnya dalam sektor pertahanan dan keselamatan negara.

Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad atas jasa bakti beliau menerajui UPNM sebelum ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button