Ekonomi

AirAsia lancar tambang penerbangan istimewa ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan tambang penerbangan istimewa ke semua destinasinya di seluruh dunia.

Nikmati diskaun ke lebih 130 destinasi seperti Lombok, Da Nang, Phu Quoc dan lain-lain serta terokai beberapa laluan popular oleh AirAsia seperti Bali, Thiruvananthapuram dan pelbagai destinasi lain dengan tambang promosi bermula RM153 termasuk semua sehala.

Untuk penerbangan lebih jauh di luar ASEAN, nikmati diskaun ke destinasi menarik seperti Osaka, Taipei, Sydney, Almaty dan banyak lagi dengan AirAsia X bermula RM309 termasuk semua* sehala. Tempah penerbangan sekarang di airasia.com dan AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp) mulai hari ini hingga 31 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara 15 April 2024 dan 30 November 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam  berkata: “AirAsia berbesar hati untuk meraikan suku pertama tahun 2024 yang penuh pencapaian dengan tambang penerbangan istimewa ke semua destinasi di seluruh dunia.

“Rangkaian AirAsia kini terus berkembang dan kami ingin memberikan penghargaan kepada jutaan para tetamu yang telah terbang bersama kami selama dua dekad lalu.

“Kami berbangga untuk menawarkan perjalanan udara yang berpatutan kepada para tetamu kami sepanjang tahun dan merealisasikan impian mereka untuk terbang ke destinasi idaman.

“Terokai dunia bersama-sama kami dengan tambang berpatutan dan nikmati pengalaman perjalanan yang mengagumkan.”

Bagi perjalanan yang lebih lancar, AirAsia kini menawarkan promosi dengan diskaun sehingga 20 peratus untuk bagasi daftar masuk, pilihan tempat duduk dan hidangan pra-tempahan oleh Santan. Ikuti maklumat terkini dan promosi AirAsia di Instagram @flyairasia

(Visited 14 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button