Lifestyle

Ariani perkenal koleksi lelaki, dimeriahkan barisan selebriti ikonik

JENAMA fesyen muslimah terkenal, ARIANI, yang sebelum ini hanya memfokuskan kepada koleksi wanita, kini melebarkan sayap dengan memperkenalkan rangkaian baju Melayu dan kurta khusus buat kaum lelaki. Lebih menarik, pelancaran ini dimeriahkan dengan kehadiran duta-duta hebat dalam kalangan selebriti tersohor seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, Edika Yusoff, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Sham Visa, Roy Azman, dan Zarul Umbrella.

Dalam menyambut kehangatan Aidilfitri yang bakal tiba, ARIANI kembali ke pentas peragaan dengan mempersembahkan koleksi eksklusifnya, “Hikayat Ariani: Karya Seindah Busana,” bertempat di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre. Koleksi kali ini mengetengahkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan gaya yang menawan. Sebanyak 158 daripada 600 rekaan hijab dan busana terbaru dipersembahkan, menampilkan kombinasi warna, material, dan cetakan yang lebih moden, unik, serta elegan kepada lebih 1,000 tetamu yang hadir pada pertunjukan fesyen tersebut.

Permaisuri Selangor Norashikin turut hadir dalam acara fesyen show Hikayat Ariani 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI, Datin Seri Farah Haryani, Aidilfitri bukan sekadar tentang pertemuan keluarga dan sahabat handai, tetapi juga momen meraikan kebersamaan dalam persalinan baharu yang penuh bermakna. Baju raya, sama ada mahal atau sederhana, menjadi simbol kebahagiaan dan kenangan sentimental yang diabadikan setiap kali lebaran menjelma.

Bermula daripada rekaan selendang hingga kepada pilihan tudung instant, koleksi ARIANI kali ini menawarkan lebih 300 pilihan hijab polos dan bercorak, antaranya:

  • 50 rekaan bawal satin dan twill bercorak
  • 100 rekaan bawal voile bercorak
  • 50 selendang bercorak dalam material cotton, satin, dan chiffon
  • 100 rekaan selendang dan bawal polos dengan perincian berlian dan sulaman dalam 60 warna popular raya

Tidak ketinggalan, ARIANI LUXE turut mempersembahkan lebih 100 rekaan eksklusif dengan perincian French lace dan kemasan kristal Swarovski. Formulasi tudung premium dengan sentuhan artisan ini menjadi salah satu daya tarikan utama dalam koleksi lebaran kali ini.

Pelakon sensasi, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, mencuri tumpuan apabila tampil sebagai Muse ARIANI LUXE 2025. Dengan aura primadona yang masih berbisa, Che Ta tampil anggun memperagakan koleksi eksklusif ARIANI LUXE. Pernah menjadi wajah kempen ARIANI sebelum ini, beliau meluahkan rasa teruja dan bersyukur dapat terus bersama keluarga besar ARIANI.

Koleksi Ariani 2025

Pertunjukan fesyen berprestij ini turut menampilkan koleksi ARIANI READY-TO-WEAR (RTW), di mana sebanyak 300,000 helai baju raya terdiri daripada kurung, jubah, kurta, dan baju Melayu disediakan untuk musim lebaran kali ini. Walaupun hanya 158 rekaan dipertontonkan pada malam itu, hakikatnya ARIANI RTW memiliki 300 rekaan terkini yang meliputi saiz dari bayi, kanak-kanak, remaja hingga dewasa. Material seperti cotton, satin, twill, brocade, chiffon, crepe, dan jacquard turut digunakan untuk menambah keunikan koleksi ini.

Seiring dengan komitmen ARIANI dalam menyediakan busana berkualiti pada harga terbaik, koleksi ini ditawarkan di butik fizikal serta platform dalam talian, memenuhi keperluan wanita dari pelbagai lapisan usia.

Masih mengekalkan tiga jelitawan Malaysia sebagai duta – Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad, dan Bella Dally – ARIANI turut menampilkan Fyza Kadir sebagai Muse ARIANI PREMIUM. Lebih istimewa, 11 wajah baharu turut diperkenalkan untuk kempen raya 2025, termasuklah Siti Khadijah, Siti Saleha, Amyra Rosli, Mawar Rashid, Uqasha Senrose, Liza Abdullah, Aqila Shamsudin, Amar Baharin, Naim Danial, Roy Azman, dan Ezzaidi Aziz, bersama beberapa pempengaruh TikTok yang lain.

Majlis turut diserikan dengan pertunjukan fesyen koleksi ARYAN, menampilkan hero-hero Malaysia seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, Edika Yusoff, Arash Mohamad, Rusdi Ramli, Sham Visa, Roy Azman, dan Zarul Umbrella. Kemunculan mereka dalam persalinan baju Melayu dan kurta mengimbau nostalgia kegemilangan mereka dalam dunia lakonan suatu ketika dahulu.

Kemuncak majlis menyaksikan kolaborasi istimewa antara ARIANI dan LIBERTY LONDON, gedung fesyen mewah terkenal dari London. Koleksi LIBERTY X ARIANI ini memperkenalkan lima rekaan potongan tradisional dengan empat corak evergreen LIBERTY, melambangkan gabungan nilai budaya Malaysia bersama jenama antarabangsa.

Selain itu, ARIANI turut bekerjasama dengan BOKITTA, jenama tudung instant tanpa pin yang popular di Malaysia. Koleksi ARIANI X BOKITTA edisi raya ini menampilkan empat rekaan tudung instant plain dalam empat pilihan fabrik berbeza, yang akan dikeluarkan secara berperingkat bermula Jualan Mega Lebaran sehingga penghujung tahun ini.

Majlis diteruskan dengan pertunjukan fesyen ARIANI PREMIUM yang dikhaskan untuk pelanggan yang menggemari rekaan mewah dan eksklusif dalam kuantiti terhad. Penggunaan material sutera, satin berkualiti tinggi, dan kapas premium dengan perincian kristal Swarovski menjadikan koleksi ini bukan sahaja cantik dipandang tetapi juga praktikal digayakan.

Kesemua koleksi ARIANI untuk lebaran ini akan mula dijual secara berperingkat bermula hari ini, dan koleksi lengkap akan berada di pasaran sempena Jualan Mega Lebaran yang akan berlangsung pada 21 Februari.

Majlis gilang-gemilang ini turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada bintang terkenal tanah air seperti Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ziana Zain, dan Dayang Nurfaizah. Bertempat di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, pertunjukan fesyen ini diiktiraf sebagai antara yang terbaik dan termahal yang pernah dianjurkan oleh ARIANI. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, menambahkan lagi prestij acara ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button