Nasional

Arab Saudi sumbang 4.5 juta unit alat perubatan, 1 juta vaksin

Kerajaan Arab Saudi menyumbang 4.5 juta unit peralatan perubatan pelbagai jenis secara percuma kepada Malaysia dengan nilai keseluruhan dianggarkan AS$5 juta. Negara itu turut menyumbang satu juta dos vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca.

Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan berkenaan diterima selepas dititahkan oleh Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

“Keprihatinan berterusan Baginda Raja Salman terhadap Malaysia serta kesungguhan Kerajaan Arab Saudi dalam menjunjung titah Baginda baru-baru ini benar-benar membuktikan tekad Arab Saudi untuk berjuang bersama-sama Malaysia di era pandemik yang serba mencabar ini,” kata Hishammuddin.

Tiga buah pesawat digunakan untuk membawa 4.511 juta unit peralatan perubatan yang diterbangkan dari Arab Saudi. Dua daripada pesawat berkenaan tiba semalam dan satu tiba hari ini.

Antara yang disumbangkan termasuk Invasive vent ventilato (100 unit), Portable vent ventilator (150 unit), Electric bed (150 unit), Ventilator Consumables (100 unit) dan ECG (5 unit).


Sebelum ini Kerajaan Arab Saudi merupakan antara negara terawal yang tampil menyalurkan sumbangan iaitu kira-kira lapan juta unit peralatan perubatan kepada Malaysia pada Mei tahun lalu.

Dengan sumbangan terbaharu menjadikan Arab Saudi penyumbang terbesar bantuan COVID-19 kepada Malaysia.

“Bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysi.

“Saya sekali lagi berterima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman Abdulaziz Al Saud; Duli Yang Amat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud; Menteri Luar Arab Saudi, Yang Mulia Putera Faisal bin Farhan Al Saud; dan seluruh kepimpinan tertinggi Kerajaan Arab Saudi,” kata HIshammuddin.

Menurutnya, Malaysia sentiasa mendoakan semoga hubungan baik yang telah sekian lama terjalin antara kedua-dua negara terus utuh dan berkekalan.

HUbungan itu diharapkan membawa pelbagai lagi manfaat bersama pada masa yang akan datang.-SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button