Jenayahpilihan

Pengawal keselamatan di Sungai Petani akhirnya arwah ditetak pedang secara berkumpulan!

Pengawal keselamatan yang cedera dilibas pada kepala dan tangan kiri menggunakan pedang dalam kejadian di Bukit Banyan, Sungai Petani pada Khamis lalu dilaporkan meninggal dunia.

Mangsa, Ismail Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), kira-kira jam 6 petang dan pemergiannya menimbulkan pelbagai kecaman dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan kematian mangsa yang berusia 58 tahun itu namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Sehubungan dengan itu, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK).

Hal ini demikian kerana lelaki tersebut dengan beraninya mendatangkan kecederaan yang kritikal menggunakan sebilah pedang terhadap mangsa.

Tertuduh, R Subramaniam mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid sebelum mahkamah menetapkan 29 Ogos depan untuk tarikh jatuh hukum.

Selain itu, tertuduh yang berusia 41 tahun diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sehingga kes selesai.

Malah difahamkan, kematian mangsa yang juga seorang pengawal keselamatan itu akan menyebabkan kes berkenaan kemungkinan bakal dipinda mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, Allahyarham Ismail dikatakan menegur tertuduh yang dilihat menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan tapak projek sebelum berlaku pertengkaran.

Tertuduh kemudian beredar sebelum ‘membawa’ dua rakan dan melibas sebilah pedang terhadap mangsa sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

(Visited 647 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button