Rencah Hidup

Aplikasi matrimoni Hawaya mencabar norma mencari cinta

PERIBAHASA umpama perigi mencari timba mungkin tidak terlintas dalam membangunkan aplikasi matrimoni Muslim Hawaya yang diasaskan dari Mesir.

Budaya yang berbeza di antara negara Timur Tengah dengan negara di sebelah Asia Tenggara khususnya budaya orang Melayu tidak sama dengan amalan budaya di benua sebelah sana.

Apatah lagi apabila membicarakan soal mencari jodoh yang mana, peredaran masa dan zaman seolah-olah memberi lampu hijau kepada golongan hawa untuk dipadankan jodoh mereka menerusi aplikasi maya.

Jika perkara ini dilakukan oleh masyarat di negara Barat, itu tidak menimbulkan persoalan tetapi apabila Malaysia diperkenalkan dengan aplikasi matrimoni Hawaya yang kempennya dibawakan oleh Sisters-In-Hearts, apakah aplikasi ini menjadi jalan terbaik untuk mengungkai masalah golongan wanita Malaysia yang tidak berkahwin kerana jodoh yang tidak kesampaian?

Ketua Perhubungan Awam di Hawaya, Shaymaa Ali berkata, pandemik yang mencabar sepanjang tahun lepas telah mengubah cara hidup dengan menangani soal cinta dan jodoh.


“Suatu masa dahulu, tidak manis untuk seorang wanita mendekati jejaka yang mereka minati terutamanya dalam budaya Muslim di mana tatacara, tindakan dan pemikiran wanita telah ditentukan,” kata Shaymaa dalam kenyataannya.

Beliau berkata, Hawaya mengubah persepsi itu dengan memberikan wanita keyakinan untuk memulakan hubungan melalui aplikasi mencari jodoh.

Walaupun personaliti, kepercayaan dan budaya membentuk identiti seseorang, kualiti-kualiti ini jugalah yang memberikan wanita itu kemampuan untuk membuat pilihan sendiri, kata Shaymaa.

Hawaya, ujar Shaymaa, memastikan persekitaran yang selamat dan terjamin pada aplikasinya untuk semua pengguna dan dilayan dengan baik.

“Terdapat beberapa ciri aplikasi yang membolehkan pengguna mendapat padanan yang sesuai dengan memberikan pemahaman gaya hidup dan latar belakang kehidupan Muslim.

“Pengguna wanita juga boleh menggunakan beberapa fungsi keselamatan seperti ‘Blur Option’ atau fungsi ‘Guardian’ untuk keselamatan dan ketenangan fikiran,” kata beliau.

Tambah Shaymaa, sejajar dengan komitmen Hawaya untuk menyediakan pengalaman yang mudah dan selesa, aplikasi itu kini menyediakan interface baharu yang membolehkan pengguna, swipe ke kanan atau ke kiri serta boleh menghantar tanda like pada gambar seseorang. – SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button