Nasional

Apek Cina jijik komen netizen terhadap Hadi di media Cina

SEORANG aktivis perpaduan Apek Cina atau nama sebenarnya Zee How Tai berasa jijik dengan komen netizen di Facebook sebuah portal berbahasa Cina terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

How Tai melalui Facebooknya berkata, netizen tersebut tidak mengamalkan kebudayaan masyarakat Tiong Hwa dan Malaysia.

Secara peribadi How Tai berkata, dia berasa malu dengan sikap yang ditunjukkan oleh netizen berkenaan yang menulis komen yang tidak sepatutnya terhadap berita berkaitan kesihatan Abdul Hadi.

“Memang Apek rasa jijik tengok netizen-netizen penyokong parti tertentu komen di ruangan posting mengenai keadaan YB Tuan Guru Hadi Awang dalam Bahasa Mandarin.

“Menjijikan betul. Setuju dengan Mak Kah Keong bahawa mereka ni bukannya mengamalkan kebudayaan Tiong Hwa dan Malaysia. Mereka ni hati busuk. Busuk sekali. Malunya saya,” katanya.

Semakan di ruang komen portal tersebut mendapati rata-rata pengguna menulis hantaran bersifat tidak beradab terhadap perkongsian berita Abdul Hadi yang kini stabil di Institut Jantung Negara.

Mereka seolah-olah tidak gembira Abdul Hadi kini stabil dan memerlukan rehat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur malam tadi kini dalam keadaan stabil.

Anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bapanya memerlukan rehat yang secukupnya kemungkinan keletihan kerana jadual yang padat.

“Saya baru bercakap dengan ayahanda tuan guru sebentar tadi, keadaannya stabil dan memerlukan rehat.

“Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook hari ini.

Semalam, tular satu kenyataan yang mendakwa Abdul Hadi dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada pukul 7.50 malam kerana mengalami sesak nafas.

Kenyataan tersebut berkata, Presiden Pas itu bagaimanapun dihantar ke IJN untuk rawatan susulan.-SM

 

(Visited 708 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button