Nasional

Apakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan?

KOMENTAR: COVID-19: Fakta kes petanda lanjutkan PKP

PENGUMUMAN mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah perkara yang paling ditunggu-tunggu rakyat Malaysia hari ini, ia pastinya merujuk kepada fakta-fakta berikut:

Jumlah kes baharu atau peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

13 Mac: 45; 14 Mac: 41; 15 Mac: 190; 16 Mac: 125; 17 Mac: 120; 18 Mac: 117; 19 Mac: 110; 20 Mac: 130; 21 Mac: 153; 22 Mac: 123; 23 Mac: 212; 24 Mac: 106; 25 Mac: 172; 26 Mac: 235; 27 Mac: 130; 28 Mac: 159; 29 Mac: 150; 30 Mac: 156 dan 31 Mac: 140.

Pada PKP Fasa 2 pula: 1 April: 142; 2 April: 208; 3 April: 217; 4 April: 150; 5 April: 179; 6 April: 131; 7 April: 170; 8 April: 156 dan semalam Khamis 9 April: 109 kes.

Dan Prosedur Operasi Standard (SOP) menjayakan PKP ini berteraskan:
1. 14 hari fasa 1 – Pemantauan
2. 14 hari fasa 2 – Pencegahan
3. 14 hari fasa 3 – Pemulihan
4. 14 hari fasa 4 – Pembersihan
5. 14 hari fasa 5 – Pembebasan
6. Selepas itu baru boleh diisytiharkan bebas COVID-19.

70 hari = 2 bulan 10 hari…lebih kurang…
*18 Mac ke 17 April.
*18 April ke 17 Mei.
*18 Mei ke 28 Mei.

Justeru dijangkakan seawal-awalnya pada 29 Mei depan baru kita rakyat Malaysia dijangkakan pulih dari pandemik ini. Itupun dengan syarat mengamalkan semua larangan dan berdisiplin duduk dalam rumah dan melakukan penjarakan sosial bagi mengelakkan berulang kes.

PKP lanjut

Setakat ini pengamal perubatan dan pemerhati isu COVID-19 ini berpendapat PKP wajar dilanjutkan untuk memastikan rantaian penularan wabak sah diputuskan.

Apatah lagi dilaporkan, sejumlah 2,298 rakyat Malaysia masih terkandas di 47 negara.

Disahkan angka ini oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, kata beliau, mereka yang terkandas membabitkan tujuan jangka masa pendek seperti melancong, urusan keluarga dan bercuti.

Ada antara mereka mempunyai tiket penerbangan pulang ke negara ini, namun penerbangan dibatalkan dan tiada jalan alternatif untuk pulang disebabkan sekatan perjalanan dikuatkuasakan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19, selain tidak mempunyai kemampuan menanggung kos untuk terus berada di sana.

India merekodkan jumlah tertinggi rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara iaitu seramai 1,016 orang, Thailand (172 orang), New Zealand (136 orang), Pakistan (128 orang), Vietnam (122 orang), Arab Saudi (83 orang), Australia (77 orang), Filipina (66 orang), Sri Lanka (65 orang) dan Nepal (43 orang).

Setakat ini, seramai 4,811 rakyat Malaysia selamat pulang ke tanah air sama ada melalui proses repatriasi yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan, sumbangan parti politik, pihak swasta mahupun dibiayai secara persendirian.

Mereka yang pulang dari luar negara ini akan menjalani kuarantin. Maka berbaliklah pula kepada jadual SOP perintah kawalan itu di atas tadi.

Suka atau tidak, dunia sedang memerhati Malaysia sebagai antara leader atau contoh pengurusan COVID-19.

Ia terbukti dalam pelaksanaan moratorium tangguhan pembayaran hutang, cairan tunai bantuan rakyat, bersatunya rakyat biasa membantu frontliners, patuhnya pada arahan pemerintah dan kegembiraan rakyatnya update memasak serta joget-joget di socmed sempena PKP.

Walaupun serba kekurangan di sini dan sana, namun tetap kita sudah menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat komuniti dunia.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pun sudah umumkan moratorium. Presiden Indonesia Jokowi pula bakal buat cairan tunai kepada rakyat sedikit masa lagi.

kes jangkitan

Netizen juga mengutarakan pandangan mereka: “Dalam berbual Skype dengan rakan network di Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, United Kingdom, Dubai, Qatar dan Korea Selatan, mereka mengatakan perkara yang sama.

Perintah kawalan ini dijangka dilanjutkan. Cuma kebimbangannya jika bersambung sehingga masuk bulan Mei.

Apa agaknya nasib mereka yang bekerja sendiri? – SM

(Visited 625 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button