Politik

Apakah Muhyiddin akan bubar parlimen dengan segera?

SUDAH semakin jelas UMNO bekerjasama dengan DAP dan PKR di Perak bakal membentuk kerajaan negeri yang stabil.

Setelah Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan DAP dan disambut oleh pemimpin DAP Ngar Kor Ming serta pemimpin PKR Perak ia menjadi semakin jelas.

Utusan Malaysia melaporkan PKR Perak sudah mengadakan perjumpaan dengan UMNO negeri sebanyak dua kali bagi membincangkan kemungkinan membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, kini terpulang kepada UMNO untuk menjalinkan kerjasama di peringkat negeri.

“Sekarang segala-galanya terpulang kepada UMNO, kami sudah membuka pintu (untuk kerjasama),” katanya.

Farhash yakin tiada masalah untuk PKR dan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan UMNO menubuhkan kerajaan negeri.

Menurutnya, dengan kerjasama itu, PKR dan PH akan turut bersama dalam kapasiti mentadbir kerajaan negeri.

“Walaupun lama bermusuhan, tiada masalah untuk bekerjasama dengan UMNO. Politik hari ini dinamik, sentiasa berubah.

“Secara peribadi saya berpendapat lebih baik kami bersama UMNO daripada Bersatu, lebih baik bersama musuh lama (UMNO) daripada pengkhianat (Bersatu),” katanya.

Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan PH termasuk DAP untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Kenyataan itu ekoran keputusan Pas dan Bersatu yang tidak menyokong pembentukan kerajaan baharu di Perak selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal meraih sokongan majoriti daripada ahli DUN dalam usul undi percaya terhadap beliau kelmarin.

Ini memberi isyarat kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh tumbang pada minggu hadapan ketika Dewan Rakyat kembali bersidang bagi meluluskan Belanjawan 2021.

Mungkinkah Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan Perdana Menteri akan membubarkan parlimen?

Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri akhirnya?

Kita tunggu minggu hadapan.

(Visited 1,670 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button