Ekonomi

Cheezy O.R. Duo baharu kekal sebahagian menu burger KFC Malaysia

KFC Malaysia hari ini mengumumkan penambahan Cheezy O.R. Duo baharu ke menu tetap. Selama ini Burger Zinger Hot & Spicy kekal menjadi pilihan utama penggemar burger. Kini dengan penambahan Cheezy O.R. Duo memeriahkan lagi menu burger KFC Malaysia

Terdapat 2 variasi Cheezy O.R. Duo: Cheezy O.R. dan Cheezy O.R. Deluxe yang menjanjikan nikmat keju dalam setiap gigitan memuaskan! Diperbuat daripada 100% filet ayam, ianya diperap kemudian disaluti 11 herba dan rempah ratus rahsia resipi asli dan kekal konsisten sejak 75 tahun dahulu.

“KFC bukan sahaja tempat untuk menikmati ayam goreng, malahan aneka burger kami turut digemari. Burger-burger kami dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti dan disediakan segar setiap hari tanpa kompromi.

Tahun demi tahun, peminat burger KFC semakin bertambah. Kami berbangga dengan konsep burger kami dan yakin ianya mampu menawan cita rasa pelanggan terutamanya golongan belia. Kami berbesar hati mengembangkan menu barisan burger kekal kami dengan Cheezy O.R. Duo baharu yang diperbuat daripada daripada 11 herba dan rempah rahsia,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Kedua-dua Cheezy O.R. dilengkapi dengan sos jalapeno cheese mayo, salad segar, dan kepingan keju yang diapit ban bijan bakar. Untuk nikmat yang lebih ‘deluxe’, pilih Cheezy O.R. Deluxe yang ada tambahan lapisan kepingan ayam rangup dan tomato segar!

Bermula daripada RM12.49, Cheezy O.R. Duo boleh didapati secara A la Carte, Kombo, dan Box Meal di restoran KFC seluruh negara. Pesan sekarang melalui aplikasi KFC serba baharu atau layari www.KFC.com.my. – SM

Artikel berkaitan >  KFC raikan peminat dengan promo RM20 untuk 2 Kombo Snack Plate

(Visited 3,165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button