BanjirNasionalNegeri

Satu lagi PPS dibuka, mangsa banjir di Perak meningkat

EKORAN jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Perak terus meningkat dengan 419 orang daripada 121 keluarga dipindahkan berbanding 379 orang daripada 107 keluarga, malam tadi, satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, sebuah PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Luar di Hulu Perak pada jam 11.30 malam tadi menjadikan setakat ini, lima PPS beroperasi.

PPS tersebut menempatkan 40 orang daripada 14 keluarga yang terjejas dari Kampung Paya Kuak Luar, Kampung Bukit Serdang Air Panas, Kampung Kuak Tengah dan Kampung Raja Kayu.

Menurut sekretariat itu, jumlah mangsa banjir di Hilir Perak masih kekal iaitu seramai 171 penduduk daripada 50 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.

Manakala 51 orang daripada 14 keluarga berada di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

“Jumlah mangsa di Kerian juga kekal dengan 100 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan, paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 3.81 meter berbanding paras normal iaitu 2 meter.

Manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pula berada pada paras berjaga-jaga dengan merekodkan ketinggian 13.64 meter berbanding paras normal iaitu 10 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia pula meramalkan ribut petir berlaku pada sebelah petang di beberapa daerah iaitu Hilir Perak, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kinta dan Kuala Kangsar manakala cuaca diramalkan baik di Kerian dan Bagan Datuk pada sebelah petang dan malam.

Jabatan Kerja Raya Perak turut memaklumkan, Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh.

Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.

Selain itu, laluan F 193 Jalan Proton City di Daerah Mualim juga terhalang di kedua-dua arah dan ditutup kepada kenderaan akibat tanah runtuh.

Laluan di Kerian FT 147 – Jalan Selama hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

Orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah. – SM

BACA Amaran banjir kilat 24 jam dikeluarkan untuk enam negeri

BACA Mangsa banjir di Perak meningkat, Johor Bahru turut terjejas

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button