BeritaNasional

Penutupan beberapa anak syarikat Mara mulai 1 Januari 2020

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) memaklumkan akan menutup beberapa anak syarikatnya menjelang tahun baharu tidak lama lagi.

Pengerusi Mara, Dr. Hasnita Hashim berkata, proses kajian yang dijalankan akan menentukan status semua anak syarikat yang tiada kaitan dengan pendidikan sama ada kekal atau ditutup.

“Pada tahun ini, Mara telah menghentikan sebarang penyaluran peruntukan bagi pelaburan baharu kecuali dalam bidang pendidikan.

“Susulan itu, semua anak syarikat Mara akan diletakkan di bawah pemantauan satu jawatankuasa khas yang akan melapor terus kepada Majlis Mara.

“Jawatankuasa khas ini juga akan memberi cadangan mana-mana anak syarikat yang akan dikekalkan atau sebaliknya pada tahun 2020,” katanya menerusi surat kepada pemegang taruh.

Dalam pada itu, Dr. Hasnita berkata, Mara akan terus menumpukan pelaburannya dalam bidang termasuk pembangunan modal insan untuk tenaga kerja masa depan, melalui institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara, UniKL, Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM), GiatMara dan lain-lain.

Dari segi keusahawanan, Hasnita berkata, Mara melaksanakan program pembangunan keusahawanan bersama usahawan-usahawan bumiputera yang sedia mempunyai kepakaran dan kemahiran seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Mara akan terus memastikan masyarakat Malaysia terutamanya bumiputera akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada program-program pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang dijalankan,” katanya.

(Visited 571 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button