Politik

‘Apa yang berlaku di Perak disebabkan Azmin, Muhyiddin’

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT), Datu Seri Mohamed Azmin Ali menjadi punca kepada polemik politik di Perak.

Cetusan gerakan ‘Langkah Sheraton’ yang dikatakan didalangi kedua-dua pemimpin itu dikatakan menyebabkan wujud kerajaan tidak stabil.

Kerajaan tidak stabil itu bukanlah diperingkat nasional sahaja, malah di peringkat negeri seperti Perak apabila pertukaran Menteri Besar berlaku lagi.

Malah, semalam juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah bahawa sudah tiga kali istiadat mengangkat sumpah diadakan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Ini hasil daripada budaya politik khianat yang telah diperkenalkan Muhyiddin dan Azmin, menghasilkan kerajaan tidak stabil.

“Majoriti tidak kukuh sehingga di peringkat Negeri Perak sudah tiga kali Menteri Besar angkat sumpah.

“Dalam tempoh tidak sampai tiga tahun, hanya menunjukkan ketidakstabilan hasil daripada budaya politik khianat yang saya rasa Azmin dan Muhyiddin kena bertanggungjawablah atas apa yang mereka telah lakukan.

“Mereka pun menghasilkan kerajaan tidak begitu kukuh di persekutuan, kemudian menyebabkan penarafan (ekonomi) menurun dan sebagainya.

“Semua adalah satu bala, dan ketidakbaikan yang melanda negara hasil daripada politik khianat.”

Demikian kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mengulas titah Sultan Nazrin, ketika dihubungi Suara Merdeka.

Terdahulu, Sultan Nazrin bertitah penting untuk parti politik mendapatkan kesetiaan dalam sokongan dan tidak dikhianati.

Baginda bertitah demikian ketika istiadat mengangkat sumpah oleh Menteri Besar yang kali ketiga diadakan.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, pernah mengangkat sumpah sebanyak dua kali iaitu pada Mei 2018 dan Mac 2020.

Beliau kemudian ditolak menerusi usul undi percaya dan Datuk Saarani dipilih sebagai Menteri Besar baharu.

Dalam pada itu, Khalid turut menegaskan sikap UMNO yang tidak mahu berada pada kedudukan kedua turut menyumbang kepada krisis politik Perak.

“Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, kata UMNO tak akan menghuni kedudukan nombor dua atau jadi pengikut dalam masa yang panjang.

“Apa yang berlaku di Perak ada sebagai membuktikan sikapnya dan selepas dia (UMNO) sudah ketepikan Menteri Besar melalui usul undi percaya, dan si Peja percaya usul itu bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap dirinya, bersetuju dibentangkan.

“Kemudian, apabila dibaca usul tersebut, dipuji-puji Peja, beliau pun seronok, tetapi bila undi orang yang bawa usul pun menolaknya sendiri,” selorohnya. – SM

(Visited 4,205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button