NasionalNegeri

Karnival Jualan di Mes Pegawai Kanan Sungai Batu Pahat, Perlis 9 September

POLIS dan masyarakat berpisah tiada. Bagi mengkrabkan hubungan ini, buat julung kali diadakan Karnival Jualan di Mes Pegawai Kanan di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Ia terbuka untuk orang ramai mulai pukul 8 pagi hingga 4 petang pada 9 September (Sabtu) ini.

 

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superitendan Mohd Sauti Harun berkata, karnival ini yang diilhamkan oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad ini akan melibatkan kira-kira 800 anggota, pegawai dan juga ahli keluarga polis dari seluruh Perlis.

“Tujuan utama karnival ini bagi merapatkan hubungan erat antara sesama polis yang selama ini sibuk dengan tugas selakn mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat,” katanya pada sidang media di pejabatnya di IPK Perlis hari ini.

Hadir sama Deputi Superitendan Chia Sia Chek dari JPJKK.

Mohd Sauti dan Chia berbincang berhubung Karnival Jualan di Mes Pegawai Kanan Sungai Batu Pahat, Perlis 9 September di IPK Perlis

Mohd Sauti berkata, sebanyak 19 gerai pada karnival ini di mana sebahagian besar akan dikendali oleh setiap bahagian di IPK dan dan juga tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan juga Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

“Inilah masanya peluang rakyat merasai keenakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan sendiri oleh kami,” katanya.

Tambah beliau, jabatannya JPKKK akan menjual laksa johor, nasi lemak dan air balang.

“Ada juga makanan tradisi seperti dangai, laksam, laksa, cendol selain kuih muih, ayam gunting dan pelbagai lagi,” katanya.

Selain itu katanya, ada pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati, “prelove”, makanan kering selain ada gerai pihak luar seperti syarikat perumahan dan telekomunikasi dan jualan pakaian “bundle”.

Katanya, terdapat juga jualan buah-buahan dan produk dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), 10 buah “food truck”, permainan “paint ball” dan juga karaoke.

“Mini Zoo juga ada di mana pengunjung yang membawa kanak-kanak boleh bermain dengan haiwan jinak dan juga robot “Transformer”, katanya.

Mohd Sauti Harun

Mohd Sauti berkata, setiap gerai dan tapak niaga ini dikenakan bayaran sewa RM50 bagi mengisi tabung untuk penjagaan Mes Pegawai ini.

Beliau berkata, sekaligus Mes Pegawai Kanan Sungai Batu Pahat ini juga secara rasmi mula dibuka untuk sewaan pada orang awam bagi sebarang penganjuran majlis dengan kadar harga berpatutan. – SM

BACA Karnival Merdeka Chemumar anjuran Masjid Babul Ibadah, Perlis meriah

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button